Cari Blog Ini

Ahad, 11 April 2010

Sumbangan Anda Amat Diperlukan Untuk Pembangunan Sekolah Ini....

BIMB :

SEKOLAH RAUDHATUL MUSLIMIN
02-048-02-003036-1

Sebarang Pertanyaan Sila Hubungi
Mudir Madrasah : Ustz. Mohd Nordin B. Hj. Md Isa
Setiausaha : Hj. Adam B. Hj. Abdullah

Rabu, 17 Februari 2010

SEJARAH DAN RASIONAL PENUBUHAN SRIRM

Sekolah Rendah Islam Raudhatul Muslimin mula ditubuhkan di awal 1987. Mesyuarat pertama penubuhan diadakan di Tahzib Al Nufus (Pondok Ustaz Awang). Sekolah ini mula beroperasi di Madrasah Tahzib Al Nufus selama beberapa bulan. Pada 1 Januari 1988, Sekolah Rendah Islam Raudhatul Muslimin telah berpindah ke Perkampungan Islam Raudhatul Muslimin Sungai Kembal dengan ihsan beberapa orang jawatankuasa, termasuklah nama-nama seperti Allahyarham Tuan Guru Umar Zuhdi, Allahyarham Ustaz Abdul Kadir, Allahyarham Hj. Abdul Rahman Awang Kecik, Allahyahrham Ustaz Salleh b. Hj. Ahmad, Cikgu Said b. Abdullah, Ismail Abdul Hamid, Hj. Said b. Ismail dan terdiri daripada tenaga pengajar Ustzh Hashimah bt. Yon, Ustzh Norma bt. Ahmad, Ustzh Hamidah bt. Hj. Mahmud, Ustzh Che Sham bt. Ismail, Ustzh Rodiah bt. Hasan, Ustzh Wan Faridah bt. Hj. Wan Idris, Allahyarhamah Ustzh Mardhiah bt. Md Nasir, Ustzh Juziah bt. Putih dan beberapa orang lagi.

Pada peringkat awalnya sekolah ini hanya mempunyai bagunan 2 tingkat separuh batu dan sebelah atasnya kayu, hasil sumbangan orang ramai membina secara gotong-royong. Mempunyai 4 bilik darjah bagi menampung 80 orang pelajar dan 5 orang guru termasuk pra sekolah yang terpaksa belajar di surau dan balai lintang sahaja.

Bermula dari situlah di atas keberkatan yang diberi oleh Allah, dengan momentumnya semangat jemaah yang cintakan Islam maka tertegaklah dan berkembang terus Sekolah Rendah Islam Raudhatul Muslimin hingga ke hari ini.

DOA DAN HARAPAN SAF PIMPINAN LEMBAGA TADBIR

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam,semoga selawat dan salam sentiasa dilimpahkan kepada penutup para Nabi dan Rasul, kepada keluarga, sahabat dan orang-orang yang mengikutnya hingga hari akhirat.

Sesungguhnya sekolah yang sama-sama kami bangunkan bersama orang terdahulu akan menjadi langkah awal mendidik generasi soleh dan solehah bagi menghadapi ilmuan Islam yang shumul menuju keredhaan Ilahi.

Kami merasakan berterima kasih dan menyampaikan penghargaan yang tinggi kepada orang-orang yang telah membantu pekerjaan ini merupakan dokongan sokongan serta sumbangan wakaf harta benda bagi menjayakan misi dan visi sekolah ini agar diberi ganjaran pahala oleh Allah yang setimpal dengannya.

YA ALLAH, kami memohon keredhaan Mu semoga usaha murni yang telah dan akan kita lakukan bersama diterima baik oleh semua lapisan masyarakat dan mendapat taufik dan hidayah serta terus mekar sepanjang zaman.

Amin Ya Rabbail ‘Alamin.

DSC00147 Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Haba

Awal Muharam

1431H


brisbane mobile mechanics