Cari Blog Ini

Rabu, 17 Februari 2010

SEJARAH DAN RASIONAL PENUBUHAN SRIRM

Sekolah Rendah Islam Raudhatul Muslimin mula ditubuhkan di awal 1987. Mesyuarat pertama penubuhan diadakan di Tahzib Al Nufus (Pondok Ustaz Awang). Sekolah ini mula beroperasi di Madrasah Tahzib Al Nufus selama beberapa bulan. Pada 1 Januari 1988, Sekolah Rendah Islam Raudhatul Muslimin telah berpindah ke Perkampungan Islam Raudhatul Muslimin Sungai Kembal dengan ihsan beberapa orang jawatankuasa, termasuklah nama-nama seperti Allahyarham Tuan Guru Umar Zuhdi, Allahyarham Ustaz Abdul Kadir, Allahyarham Hj. Abdul Rahman Awang Kecik, Allahyahrham Ustaz Salleh b. Hj. Ahmad, Cikgu Said b. Abdullah, Ismail Abdul Hamid, Hj. Said b. Ismail dan terdiri daripada tenaga pengajar Ustzh Hashimah bt. Yon, Ustzh Norma bt. Ahmad, Ustzh Hamidah bt. Hj. Mahmud, Ustzh Che Sham bt. Ismail, Ustzh Rodiah bt. Hasan, Ustzh Wan Faridah bt. Hj. Wan Idris, Allahyarhamah Ustzh Mardhiah bt. Md Nasir, Ustzh Juziah bt. Putih dan beberapa orang lagi.

Pada peringkat awalnya sekolah ini hanya mempunyai bagunan 2 tingkat separuh batu dan sebelah atasnya kayu, hasil sumbangan orang ramai membina secara gotong-royong. Mempunyai 4 bilik darjah bagi menampung 80 orang pelajar dan 5 orang guru termasuk pra sekolah yang terpaksa belajar di surau dan balai lintang sahaja.

Bermula dari situlah di atas keberkatan yang diberi oleh Allah, dengan momentumnya semangat jemaah yang cintakan Islam maka tertegaklah dan berkembang terus Sekolah Rendah Islam Raudhatul Muslimin hingga ke hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


brisbane mobile mechanics